Maulidul Rasul tahun 2010 (1431H)
Majlis bermula seawal jam 6.45 pagi dengan kuliah subuh oleh Ustaz Wan Nasir. Ia diikuti dengan acara Ujian Membaca Qur'an secara berTajuwid untuk 5 peringkat umur dari 6 tahun sehingga 18 tahun dan Pertandingan Azan. Sambutan yang diberikan adalah diluar dugaan
Seramai 80 kanak-kanak dan pelajar sekolah yang terdiri dari anak-anak kariah Surau Al Ihsan dan lain-lain peserta dari taman-taman berdekatan telah menyertainya.
Ia dihakimi oleh 3 orang ustaz Al Hafiz jemputan
Hadiah-hadiah telah di sumbangkan oleh Bank Rakyat Cawangan Melawati Kuala Lumpur dan kariah surau al ihsan
Sementara acara majlis tersebut berjalan, semua kariah muslimin dan muslimah Surau Al Ihsan telah sama-sama berpadu tenaga bergotong royong menyiapkan masakan untuk jamuan selepas Zohor dan lepas Isyak.
Tugas memasak telah diketuai oleh Hj Esah dan isteri beliau Hjh Samsiah.
Di sebelah petang pula acara majlis bermula pada jam 6.45 dengan bacaan Selawat Nabi dan zikir-zikir sehingga masuk waktu Maghrib yang diikuti pula oleh acara Sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan Muaalaf. Sumbangan ini juga sedekah dari seorang kariah Surau Al-Ihsan
Muaalaf yang menerima sedekah adalah saudara Ghafur Abdullah . Agama asal beliau adalah Sikh. Yang menariknya ialah beliau telah berjaya mengislamkan Ibu dan adik beliau dalam tempuh 2 tahun beliau memeluk Islam. Ia adalah sesuatu yang amat mengkagumkan.
Semasa beliau memberikan ucapan beliau amat terharu dengan keperihatinan pihak surau terhadap beliau yang selama beliau memeluk Islam tidak ada sesiapa yang ingin mengambil tahu akan keadaan beliau. Selepas itu majlis diserikan dengan Ceramah Agama bertajuk Muhamad
Insan Contoh yang telah disampaikan oleh Ustaz Sobri .
Penyampaian ceramah beliau amat berkesan iaitu dilengkapi dengan gaya persembahan dan dibantu pula oleh alat multimedia yang di sediakan oleh Surau Al Ihsan.
Majlis disudahi dengan Solat Isyak dan jamuan makan .
No comments:
Post a Comment