Saturday, April 24, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم


SEKAPUR SIREH DARI PENGERUSI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad s.a.w.

Saya bersyukur kerana dengan izinNya jua Laman Web Surau Al-Ihsan Taman Desa Minang ini dapat dibina. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seorang ahli kariah kita yang telah berusaha untuk membina laman web ini untuk semua ahli kariah Taman Desa Minang . Ia boleh dilayari dialamat berikut:

http://surautamandesaminang.blogspot.com

Secara umumnya, tujuan laman web ini diwujudkan adalah sebagai salah satu saluran untuk Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ihsan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti Surau. Selain itu beberapa nasihat dan info ringkas yang berkaitan amalan dan penghayatan agama Islam turut disentuh agar semua ahli kariah sentiasa prihatin terhadap perkembangan terkini dan sedikit sebanyak dapat menambah ilmu agama.

Besarlah harapan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ihsan agar ahli kariah dapat mengambil manafaat dan pengajaran daripada apa yang telah dipaparkan dalam laman web ini. Segala fakta dan bahan yang disiarkan dalam web ini diambil dari pelbagai sumber yang pada pandangan Ahli Jawatankuasa boleh dijadikan panduan kepada ahli kariah dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim.

Semoga dengan adanya kemudahan ini, ia diharap dapat menarik lebih ramai lagi jemaah mendekati dan mengimarahkan Surau kita.

Ahli Jawatankuasa juga amat mengalu-alukan segala pandangan dan komen sekiranya ada untuk meningkatkan lagi pentadbiran dan pengurusan Surau kita melalui ruangan “comment” didalam Laman Web Surau Al-Ihsan atau dikemukakan terus kepada alamat email surau berikut:

 jamilponiran@gmail.com

Bagi ahli kariah dan orang perseorangan yang berhasrat memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti surau, sila hubungi Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ihsan atau dengan memasukkan sumbangan terus ke dalam Akaun Bank Surau Al-Ihsan (Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Taman Melawati KL) bernombor 14014010033427
Akhir kata pihak Surau Al Ihsan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kariah dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung keatas semua aktiviti surau . Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya.

Sekian, Wasalam.



PENGERUSI SURAU AL-IHSAN TAMAN DESA MINANG

25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431

Sunday, April 18, 2010

PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BARU SURAU

Pada  tanggal 3 Jamadilawal 1431 bersamaan 18 April 2010 termetrilah satu catatan sejarah bagi Surau Al Ihsan Taman Desa Minang . Pada hari inilah  pemilihan AJK baru Surau bagi tempuh 2010 sehingga 2013 telah dilaksanakan dengan cara pembuangan kertas undi oleh semua anak kariah surau yang berdaftar sahaja.

Seramai 31 orang telah dicalunkan untuk 17 jawatan AJK dan 2 orang telah dicalunkan untuk jawatan Pengerusi.
Suasana pada hari mengundi amat harmoni dan penuh keukwahan walaupun terdapat perbezaan pendapat diatara anak-anak kariah .

Proses pembuangan undi telah diuruskan dengan jayanya oleh AJK Masjid Rahimah bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Seterusnya pengiraan undi telah dilaksanakan dengan disaksikan oleh semua anak kariah .

Keputusan rasmi telah diperolehi pada jam 3 petang dan calun-calun berikut telah berjaya dipilih sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Al Ihsan Taman Desa Minang yang baru bagi tempuh 2010 hingga 2013

Pengerusi       
Hj. Ibrahim Bin Ali

Imam             
Ustaz Zulkifli bin Ismail ( menang tanpa bertanding)

Bilal               
Hj. Harun bin Lebai Said ( menang tanpa bertanding )

Siak            
Sdr. Zainal Abidin bin Baharuddin

AJK              
Sdr. Azman bin Umar  ( dilantik sebagai Juruodit 2)
Sdr. Bakri bin Othman
Sdr. Fathi Afif bin Abdullah  ( wakil Pemuda )
Hj. Jamil bin Poniran  ( dilantik sebagai Setiausaha )
Hj. Mohd Esah bin Abdul hamid ( dilantik sebagai Penolong Bendahari )
Sdr. Kamal Baharen bin Embong
Ustaz Mohd Ziro bin Hasan  ( dilantik sebagai Imam 2 )
Sdr. Mohd Husaini bin Yusof
Sdr. Mohd Salleh bin Mahmood ( dilantik sebagai Bendahari )
Ustazah Hjh. Nor Liner binti Kassim
Hjh. Rabiah bte Abdul Rahman
Hj.Syaiful Nizam bin Abd Majid  ( dilantik sebagai Penolong Setiausaha )
Sdr. Salehudin bin Mohd Nor ( dilantik sebagai Juruodit 1 )
Sdr. Saidi bin Saari

57 % AJK yang terpilih adalah dari kalangan  muda  dan 50% adalah AJK baru.
Sesungguhnya ini adalah satu gandingan yang mantap dan semua kariah berharap dan berdoa agar kemakmuran surau akan lebih bertambah serta prestasi surau dapat ditingkatkan ketahap yang lebih baik lagi Insyallah

TAHNIAH

Sunday, March 28, 2010

KENANGAN TAHUN 2007

http://www.desaminang.org/beritabergambar

KULIAH SUBUH

INTIPATI KULIAH SUBUH PADA 13MAC 2010 OLEH USTAZ RAHIM NASIR

Tajuk Kuliah : JAUHILAH 7 PERKARA YANG MEMBINASAKAN AGAMA KITA  ( pesanan Nabi Muhamad SAW )

1.  Syirik - Menyekutukan Allah didalam apa cara sekalipun ( iaitu tidak boleh sedikit pun ada unsur keraguan didalam keimanan.  Dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah..
Sebelum kita melontarkan sebarang kata-kata perlulah diteliti dan berhati-hati , takut-takut ia boleh merosakkan iman kita. Iman boleh rosak dengan 3 cara  iaitu  dengan IKTIKAD , dengan PERBUATAN dan dengan LISAN  contohnya menghina ISLAM

2.  Sihir - ia adalah kerja Iblis dan Syaitan

3.  Membunuh jiwa tanpa hak termasuk membunuh diri ( diri kita adalah hak Allah ) Yang dibenarkan hanya ketahap mempertahankan diri dan berperang ke jalan Allah ( itupun hanya orang-orang yang sama-sama masuk perang sahaja )

4.  Memakan Riba' - Jika tidak dapat mengelak darinya , kurangkan  serta berniat, berdoa  dan berusahalah untuk menghindarkan diri darinya. Contohnya dengan membeli secara tunai jika mampu dan menggunakan institusi perbankan Islam

5.  Memakan Harta Anak Yatim - Ia dilakukan oleh orang yang tidak menerima hakikat dimana Allah itu sentiasa melihat perbuatan kita pada setiap saat dan mencatitkan perbuatan kita samaada baik atau buruk

6.  Lari dari medan perang tanpa sebab atau uzur syarie

7.  Menuduh Perempuan yang baik berzina tanpa bukti

Hukum Allah  adalah bermaksud untuk PENCEGAHAN supaya umatnya tidak mengulanggi perbuatan yang salah

Kesimpulan - Carilah sebanyak mana Ilmu Agama . Niat dengan ikhlas dan berdoa agar apa yang kita buat mendapat keredaan Allah

Sunday, March 21, 2010

KEAGUNGAN AZAN

Kenapa kita harus menghormati azan


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Coba Kita amati.. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratulmaut’ .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’ Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan, Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri, Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’ yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah. .’ semasa sakaratul maut menghampiri kami… Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin. .’ Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini. Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’ Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT


Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat’. Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaan Ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka’.

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
Datang seruan Allah. Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia Mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.’ Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri Untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua-dua bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa-dosa itu

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking’. Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut. Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6 :
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan. Mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di Neraka. Sabda Rasulullah Tiada bersunyian antara seorang lelaki & Wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka’.

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata Biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti Tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga Ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu , dan meninggalkan dunia dalam keadaan Bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah Syurga , beroleh keampunan , kasih sayang & keredhaan Allah swt.’

Monday, March 1, 2010

Maulidul Rasul tahun 2010 (1431H)

Surau Al Ihsan telah mengadakan majlis sambutan Maulidul Rasul pada hari Ahad 28hb Februari 2010.
Majlis bermula seawal jam 6.45 pagi dengan kuliah subuh oleh Ustaz Wan Nasir. Ia diikuti dengan acara Ujian Membaca Qur'an secara berTajuwid untuk 5 peringkat umur dari 6 tahun sehingga 18 tahun dan Pertandingan Azan.  Sambutan yang diberikan adalah diluar dugaan
Seramai  80  kanak-kanak dan pelajar sekolah yang terdiri dari anak-anak kariah Surau Al Ihsan dan lain-lain peserta dari taman-taman berdekatan telah menyertainya.
Ia dihakimi oleh 3 orang ustaz Al Hafiz jemputan
Hadiah-hadiah telah di sumbangkan oleh Bank Rakyat Cawangan Melawati Kuala Lumpur dan kariah surau al ihsan
Sementara acara majlis tersebut berjalan, semua kariah muslimin dan muslimah Surau Al Ihsan telah sama-sama berpadu tenaga bergotong royong menyiapkan masakan untuk jamuan selepas Zohor dan lepas Isyak.
Tahun 2010 amat bertuah kerana seorang kariah Surau Al Ihsan telah bermurah hati bersedekah seekor lembu untuk majlis kali ini
Tugas  memasak telah diketuai oleh Hj Esah dan isteri beliau Hjh Samsiah.
Di sebelah petang pula acara majlis bermula pada jam 6.45 dengan bacaan Selawat Nabi dan zikir-zikir sehingga masuk waktu Maghrib yang diikuti pula oleh acara Sumbangan kepada Anak-anak Yatim  dan Muaalaf. Sumbangan ini juga sedekah dari seorang kariah Surau Al-Ihsan
Muaalaf yang menerima sedekah adalah saudara Ghafur Abdullah . Agama asal beliau adalah Sikh. Yang menariknya ialah beliau telah berjaya mengislamkan Ibu dan adik beliau dalam tempuh 2 tahun beliau memeluk Islam. Ia adalah sesuatu yang amat mengkagumkan.
Semasa beliau memberikan ucapan beliau amat terharu dengan keperihatinan pihak surau terhadap beliau yang selama beliau memeluk Islam tidak ada sesiapa yang ingin mengambil tahu akan keadaan  beliau.
Selepas itu majlis diserikan dengan Ceramah Agama bertajuk Muhamad
Insan Contoh yang telah disampaikan oleh Ustaz Sobri .
Penyampaian ceramah beliau amat berkesan  iaitu dilengkapi dengan gaya persembahan dan dibantu pula oleh alat multimedia yang di sediakan oleh Surau Al Ihsan.

Majlis disudahi dengan Solat Isyak dan  jamuan makan .