Saturday, April 24, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم


SEKAPUR SIREH DARI PENGERUSI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad s.a.w.

Saya bersyukur kerana dengan izinNya jua Laman Web Surau Al-Ihsan Taman Desa Minang ini dapat dibina. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seorang ahli kariah kita yang telah berusaha untuk membina laman web ini untuk semua ahli kariah Taman Desa Minang . Ia boleh dilayari dialamat berikut:

http://surautamandesaminang.blogspot.com

Secara umumnya, tujuan laman web ini diwujudkan adalah sebagai salah satu saluran untuk Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ihsan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti Surau. Selain itu beberapa nasihat dan info ringkas yang berkaitan amalan dan penghayatan agama Islam turut disentuh agar semua ahli kariah sentiasa prihatin terhadap perkembangan terkini dan sedikit sebanyak dapat menambah ilmu agama.

Besarlah harapan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ihsan agar ahli kariah dapat mengambil manafaat dan pengajaran daripada apa yang telah dipaparkan dalam laman web ini. Segala fakta dan bahan yang disiarkan dalam web ini diambil dari pelbagai sumber yang pada pandangan Ahli Jawatankuasa boleh dijadikan panduan kepada ahli kariah dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim.

Semoga dengan adanya kemudahan ini, ia diharap dapat menarik lebih ramai lagi jemaah mendekati dan mengimarahkan Surau kita.

Ahli Jawatankuasa juga amat mengalu-alukan segala pandangan dan komen sekiranya ada untuk meningkatkan lagi pentadbiran dan pengurusan Surau kita melalui ruangan “comment” didalam Laman Web Surau Al-Ihsan atau dikemukakan terus kepada alamat email surau berikut:

 jamilponiran@gmail.com

Bagi ahli kariah dan orang perseorangan yang berhasrat memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti surau, sila hubungi Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ihsan atau dengan memasukkan sumbangan terus ke dalam Akaun Bank Surau Al-Ihsan (Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Taman Melawati KL) bernombor 14014010033427
Akhir kata pihak Surau Al Ihsan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kariah dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung keatas semua aktiviti surau . Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya.

Sekian, Wasalam.



PENGERUSI SURAU AL-IHSAN TAMAN DESA MINANG

25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431

No comments:

Post a Comment