Pada tanggal 3 Jamadilawal 1431 bersamaan 18 April 2010 termetrilah satu catatan sejarah bagi Surau Al Ihsan Taman Desa Minang . Pada hari inilah pemilihan AJK baru Surau bagi tempuh 2010 sehingga 2013 telah dilaksanakan dengan cara pembuangan kertas undi oleh semua anak kariah surau yang berdaftar sahaja.
Seramai 31 orang telah dicalunkan untuk 17 jawatan AJK dan 2 orang telah dicalunkan untuk jawatan Pengerusi.
Suasana pada hari mengundi amat harmoni dan penuh keukwahan walaupun terdapat perbezaan pendapat diatara anak-anak kariah .
Proses pembuangan undi telah diuruskan dengan jayanya oleh AJK Masjid Rahimah bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Seterusnya pengiraan undi telah dilaksanakan dengan disaksikan oleh semua anak kariah .
Keputusan rasmi telah diperolehi pada jam 3 petang dan calun-calun berikut telah berjaya dipilih sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Al Ihsan Taman Desa Minang yang baru bagi tempuh 2010 hingga 2013
Pengerusi
Hj. Ibrahim Bin Ali
Imam
Ustaz Zulkifli bin Ismail ( menang tanpa bertanding)
Bilal
Hj. Harun bin Lebai Said ( menang tanpa bertanding )
Siak
Sdr. Zainal Abidin bin Baharuddin
AJK
Sdr. Azman bin Umar ( dilantik sebagai Juruodit 2)
Sdr. Bakri bin Othman
Sdr. Fathi Afif bin Abdullah ( wakil Pemuda )
Hj. Jamil bin Poniran ( dilantik sebagai Setiausaha )
Hj. Mohd Esah bin Abdul hamid ( dilantik sebagai Penolong Bendahari )
Sdr. Kamal Baharen bin Embong
Ustaz Mohd Ziro bin Hasan ( dilantik sebagai Imam 2 )
Sdr. Mohd Husaini bin Yusof
Sdr. Mohd Salleh bin Mahmood ( dilantik sebagai Bendahari )
Ustazah Hjh. Nor Liner binti Kassim
Hjh. Rabiah bte Abdul Rahman
Hj.Syaiful Nizam bin Abd Majid ( dilantik sebagai Penolong Setiausaha )
Sdr. Salehudin bin Mohd Nor ( dilantik sebagai Juruodit 1 )
Sdr. Saidi bin Saari
57 % AJK yang terpilih adalah dari kalangan muda dan 50% adalah AJK baru.
Sesungguhnya ini adalah satu gandingan yang mantap dan semua kariah berharap dan berdoa agar kemakmuran surau akan lebih bertambah serta prestasi surau dapat ditingkatkan ketahap yang lebih baik lagi Insyallah
TAHNIAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AlhamdululilLah.
ReplyDeleteMoga-moga kemenangan ini mendapat keberkatan dari-NYA, Ameen Ya Rabbal A'lameen.
Semoga semakin makmur dalam kerberkahan rahmat-NYA.
ALLAHUAKHBAR..!!
Terima kasih diucapkan diatas komen anda.
ReplyDelete